Harini kak nab nak kongsi resipi masak kek coklat lava. Peminat coklat memang akan suka kek ni. Kenapa berhantu? sebab kalau makan mesti nak lagi...Harini kak nab baru lepas buat kelas memasak dengan penduduk Kubu Gajah. Jadi nak kongsi juga dalam blog....
Kek Coklat Berhantu (Lava)
Bahan –Bahan :
1. 5 biji telur
2. 1 cawan marjerin.
3. 2 cawan gula
4. 1 cawan serbuk koko
5. 2 ½ cawan tepung gandum
6. 1 sudu besar baking powder
7. 1 sudu kecil soda bikarbonat
** Bahan 4-7 diayak bersama
Cara-cara :
1. Putar gula bersama marjerin – sebatikan sahaja.
2. Masukkan tepung yang telah diayak (bahan ayak), diselang-seli dengan air sehingga habis.
3. Akhir sekali, masukkan telur satu persatu sambil diputar adunan dengan kelajuan tinggi.
4. Sediakan bekas pembakar dan bakar dengan suhu kepanasan 180 ⁰f selama 45 minit.
Cream Cheese:
1. 500 gm cream cheese
2. 250 gm butter cup
3. 200 gm gula icing
4. 1 tin susu pekat manis
5. Bahan hiasan
Cara-cara :
1. Putar cheese bersama buttercup sehingga kembang.
2. Masukkan gula, susu pekat dan putar lagi sehingga kental.
3. Lapiskan kek dengan cream cheese di bahagian bawah dan bahagian atas.
4. Hias bahagian atas dengan bahan hiasan mengikut kreativiti masing-masing.
Selamat Mencuba ya!!
No comments:
Post a Comment