Untuk entry kali ni kak nab nak kongsi cara buat puding cocktail & puding oreo. Resipi ni pun kak nab dah ajar dalam kelas masakan kak nab. Siapa yang tak sempat ikut kelas masakan tu boleh cuba resipi dalam blog kak nab ni ya..
Puding Oreo
BAHAN-BAHAN :
- 1 paket agar-agar
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan serbuk minuman milo/vico/coklat
- 1 bungkus biskut oreo
- 1 cawan gula
(gula ini dinasihatkan letak dulu separuh, larutkan kemudian rasa, kalau nak manis lagi, bolehlah tambah sedikit demi sedikit, ikut kemanisan yang diingini.)
CARA-CARA :
- Didihkan air dalam periuk. Kemudian, masukkan agar-agar & kacau.
- Bila agar-agar dah larut, masukkan gula & kacau.
- Bila gula dah larut, masukkan susu cair.
- Kacau hingga sebati & mendidih. (api sederhana)
- Bila rasa semua dah ok, bolehlah tutup api.
- Kemudian, tuangkan sebahagian/separuh bancuhan tu ke dalam satu bekas lain untuk dicampurkan dengan serbuk milo/vico/coklat. Kacau hingga sebati.
- Tuangkan bancuhan yang bermarna coklat tu ke dalam bekas/loyang & keraskan sekejap (boleh masuk dalam peti ais bila dah agak suam/sejuk).
- Dah agak sederhana keras, tuangkan pula bancuhan yang putih di atas lapisan coklat. Susunkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan. (Pastikan biskut ditenggelamkan dalam bancuhan putih itu).
- Bila dah selesai, bolehlah disejukkan dan dikeraskan dalam peti ais.
- Selepas beberapa jam, bolehlah dipotong dan dimakan.
Puding Cocktail
Bahan yang diperlukan:
1. Puding
- 1 tin susu cair
- 1 tin tepung kastard (ikut sukatan tin susu)
- 4 tin air
- Setengah tin gula pasir
2. Kuah Susu
- 2 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 1 tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
- 1/2 tin air
- 1 tin buah-buahan koktail
Cara membuatnya:
Puding
- Larutkan semua bahan didalam kuali.
- Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
- Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
- Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
- Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Kuah Susu
- Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
- Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
- Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Selamat mencuba!!